Friday, June 27, 2008

Seminar Perniagaan Internet Manakah Menjadi Pilihan?

lazimnya, kebanyakan orang lebih cenderung untuk menyertai seminar yang berkaitan perniagaan internet jika mempunyai tajuk-tajuk khusus kearah buat duit dengan cepat dalam seminar tersebut. Namun apabila tamat sahaja seminar, peserta masih gagal untuk buat duit. Kenapa dan mengapa terjadi?

Ada beberapa sebab yang mungkin peserta tidak faham tetapi tak ingin nak fahami dahulu. kebanyakan peserta lebih suka terjah tanpa memikirkan kemampuan dan kebolehan diri sendiri dahulu. Ini merugikan peserta itu sendiri dari segi masa, tenaga dan juga wang ringgit.
Sebelum menceburi bidang perniagaan internet, mula buat duit melalui internet, jana pendapatan sampingan atau sepenuhnya melalui internet seharusnya peserta telah mengetahu serba sedikit mengenai asas perniagaan internet. Keperluan seperti website, hosting & domain, program-program internet kerana terdapat perbezaan antara program internet & perniagaan internet.

Oleh itu, sebelum anda melangkah ke sesuatu seminar perniagaan internet yang semestinya menumpukan bagaimana berniaga melalui alam maya ini, nilai diri anda sendiri. Adakah anda layak untuk menyertai seminar tersebut. Dengan ini, masa, tenaga & pelaburan yang anda gunakan untuk seminar tersebut tidaklah menjadi satu pembaziran.

Jika anda sudah berada pada sesuatu tahap yang bukan lagi "newbie" bak kata orang, anda mungkin sudah layak untuk menyertai sesuatu seminar yang lebih khusus & lebih "advance".

Bersambung......

No comments: